LYE HUAT GARDEN

LYE HUAT GARDEN.


Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang macam 'Rasa macam pernah dengar,tapi kat mana yer?'. OK! Kalau hangpa semua nak tau, LYE HUAT GARDEN ni merupakan 1 taman yang berkonsep macam zoo jugak,ada macam-macam kat dalam tu.Lokasinya pulak taklah jauh sangat dari Perlis iaitu terletak di area Hosba,Kedah. Alaa...kalau kita drive lalu ikut highway nak ke Alor Setar tu,kita akan nampak

Kembali lagi

Salam 1 Malaysia.Aku kembali lagi setelah menyepi untuk seketika.Bukan bermakna terus menghilang tapi atas banyak sebab yang tidak dapat dielakkan. Dahla beberapa minggu lepas Perlis dilanda banjir besar,lepas surut ja banjir,sibuk mengemas dan mencuci rumah.Habis segala perabot dan benda-benda lain yang musnah dan rosak. Tak kira lagi dengan sampah sarap yang ditinggalkan oleh air bah dipersekitaran rumah.Lepas tu,kena demam pulak.Hehe..Macam-macam musibah yang jadi,mungkin tuhan nak uji hamba-hambanya yang terleka dan lalai.


Jadi,sejak kehilangan seketika aku dari arena blog ni,macam-macam jugak cerita dan peristiwa yang menarik yang berlaku.Salah 1 contohnya,member baik aku Saiful Adli a.k.a Encik Sepul dah selamat bergelar 'daddy'.Tahniah Pon,dapat anak lelaki,welcome to the club.Nanti kena la bawak anak pi gunting rambut,beli baju sekolah,kasut sekolah dan macam-macam lagi. Hehe.Jadi,apapun yang berlaku,hidup perlu diteruskan. Chioww!!!

Banjir Oh! Banjir

Di suatu malam,hujan turun dengan lebatnya,kilat sabung-menyabung manakala guruh pula sesekali berdentum di langit. Sedang aku asyik dibuai mimpi indah,tiba-tiba lenaku dikejutkan oleh satu tamparan wanita yang hinggap dipahaku lantas membuatkan aku terus terjaga dari tidur. Jam di dinding menunjukkan jam 3.10 pagi,kelihatan isteriku berdiri tercegat dihadapanku, "Abang,mangkit lekaih,rumah kita ayaq naik dah ni,jom angkit barang!" Tegas isteriku. Aku yang masih dalam 'mood' tidur pun terus bangun dari katil lalu melangkah malas menuju ke arah ruang tamu untuk melihat keadaan sekeliling.

Exhausted

LETIH.....

                                                  letihnya aku. huaaahhhhhhhhhhhhhhh!!!

Itulah gambaran keadaan aku 2-3 menjak nih.Aktiviti dan jadual aku agak padat terutama dengan tugas hakiki aku sebagai penjawat awam. Kesana-sini merayau-rayau dan meronda-ronda disekitar Perlis,bukan jalan-jalan cari makan yer,tapi jalan-jalan sebab kerja. Masa nak mengadap PC pun terhad tapi bila ada peluang,akan ku gunakannya sebaik mungkin. Jadi,untuk mengembalikan tenaga,kecergasan dan semangat,buatlah sesuatu aktiviti fizikal yang boleh menyihatkan. Ataupun,cobalah produk DR.ROMZEY,nescaya berkesan.

                                                  Want to be rich like me?? Try this!