LYE HUAT GARDEN
LYE HUAT GARDEN.
Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang macam 'Rasa macam pernah dengar,tapi kat mana yer?'. OK! Kalau hangpa semua nak tau, LYE HUAT GARDEN ni merupakan 1 taman yang berkonsep macam zoo jugak,ada macam-macam kat dalam tu.Lokasinya pulak taklah jauh sangat dari Perlis iaitu terletak di area Hosba,Kedah. Alaa...kalau kita drive lalu ikut highway nak ke Alor Setar tu,kita akan nampak
Kembali lagi
Salam 1 Malaysia.Aku kembali lagi setelah menyepi untuk seketika.Bukan bermakna terus menghilang tapi atas banyak sebab yang tidak dapat dielakkan. Dahla beberapa minggu lepas Perlis dilanda banjir besar,lepas surut ja banjir,sibuk mengemas dan mencuci rumah.Habis segala perabot dan benda-benda lain yang musnah dan rosak. Tak kira lagi dengan sampah sarap yang ditinggalkan oleh air bah dipersekitaran rumah.Lepas tu,kena demam pulak.Hehe..Macam-macam musibah yang jadi,mungkin tuhan nak uji hamba-hambanya yang terleka dan lalai.
Banjir Oh! Banjir
Di suatu malam,hujan turun dengan lebatnya,kilat sabung-menyabung manakala guruh pula sesekali berdentum di langit. Sedang aku asyik dibuai mimpi indah,tiba-tiba lenaku dikejutkan oleh satu tamparan wanita yang hinggap dipahaku lantas membuatkan aku terus terjaga dari tidur. Jam di dinding menunjukkan jam 3.10 pagi,kelihatan isteriku berdiri tercegat dihadapanku, "Abang,mangkit lekaih,rumah kita ayaq naik dah ni,jom angkit barang!" Tegas isteriku. Aku yang masih dalam 'mood' tidur pun terus bangun dari katil lalu melangkah malas menuju ke arah ruang tamu untuk melihat keadaan sekeliling.
Exhausted
LETIH.....
Itulah gambaran keadaan aku 2-3 menjak nih.Aktiviti dan jadual aku agak padat terutama dengan tugas hakiki aku sebagai penjawat awam. Kesana-sini merayau-rayau dan meronda-ronda disekitar Perlis,bukan jalan-jalan cari makan yer,tapi jalan-jalan sebab kerja. Masa nak mengadap PC pun terhad tapi bila ada peluang,akan ku gunakannya sebaik mungkin. Jadi,untuk mengembalikan tenaga,kecergasan dan semangat,buatlah sesuatu aktiviti fizikal yang boleh menyihatkan. Ataupun,cobalah produk DR.ROMZEY,nescaya berkesan.
Want to be rich like me?? Try this!
NO DRUMMING PLEASE!!
Pada satu pagi yang hening dan damai di sebuah sekolah menengah di satu lokasi yang dirahsiakan, sedang pelajar-pelajar kelas 5 Arif sedang membuat onar di dalam kelas ketika mata pelajaran Bahasa Inggeris, terlihat kelibat pelajar-pelajar yang sedang asyik mengetuk meja seolah-olah sedang bermain gendang mewakili pasukan pancaragam sekolah. Manakala di satu lagi sudut kelihatan seorang guru wanita yang tidak tertahan lagi dengan karenah pelajar-pelajarnya diibarat seperti monyet yang dirasuk aura filem '2 ALAM' terbitan DR. ROMZEY PRODUCTION yang bakal pecah panggung 40 JUTEE!!. Lalu, terlepaslah amarah yang sekian lama dipendam oleh guru wanita tersebut sejak dari jam 11.37 minit pagi tadi.
Guru wanita : (Dalam hati) Hampeh sungguh budak-budak nih, dia ingat meja ni drum set ke?
Pelajar 5 Arif : PONG!! PENG!! PONG!! PENG!! DISHH!! KAPOWWW!!
Guru wanita : SHUT UPP!!! NO DRUMMING PLEASE!! U HEAR ME???
Tiba-tiba bangun lah seorang pelajar dari tempat duduknya lalu berjalan tergesa-gesa menuju ke arah meja guru tersebut lalu..............
Guru wanita : ???????????????????????
nota : Kejadian ini merupakan kisah benar yang pernah berlaku dalam hidup penulis manakala sabjek dalam cerita ini masih hidup dan beliau berasal dari Kampung Paya, Perlis Indera Kayangan. Moral dari kisah ini '"Cakap siang pandang-pandang, cikgu cakap apa dalam kelas,dengar dan tumpu betul-betul". InsyaAllah berjaya di hari kelak.
.
COBUS O HOLIC
COBUS POTGIETER. Bukan sejenis jenama perfume ataupun makanan ringan. Nama ini merujuk kepada seorang 'mamat' yang berasal dari Afrika Selatan yang berusia 22 tahun. Dia merupakan salah drummer amatur di antara beribu-ribu drummer lain yang meng'upload'kan videonya ke laman web Youtube. Tapi dalam banyak-banyak drummer yang aku dok tengok dalam Youtube ni,Cobus yang agak menarik perhatian aku dan boleh la dikatakan aku agak teruja dengan dia.Dia ni kerja dia main lagu 'cover' dari band-band lain dan setakat sekarang ni,dia belum ada band sendiri. Mungkin dia lebih berminat ke arah mempromosikan bakat dia kat dalam Youtube dengan harapan akan ada band-band 'otai' atau band yang dia minat akan 'offer' dia join band mereka.
Lama dah aku dok follow mamat ni kat Youtube, dia ni boleh dikatakan serba boleh,dari lagu yang berentak perlahan ke laju ke teknikal ke,dari John Mayer ke System of a Down(sekadar mengambil contoh beberapa 'cover song' yang pernah dimainkan oleh Cobus)setakat ni memang tak mengecewakan aku. So, well done mate.Keep up the good work. Kita enjoy beberapa versi 'cover song' dari Cobus Potgieter.
Kenalkah anda dengan Rowan Atkinson a.k.a Encik Kacang?? Apa kaitannya dia dengan kisah Cobus Potgieter ini? Jika Cobus sudah cukup hebat,sudah tentu anda akan berfikir dari siapakah dia belajar bermain drum? Siapakah 'mastar' nya? He is ROWAN 'INVISIBLE' ATKINSON.
RIOT !! CHAOS !!
Apa yang anda saksikan di atas bukanlah perbuatan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestin dan bukan juga serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat ke atas Baghdad. Kejadian di atas berlaku di tanah air kita yang tercinta,Malaysia. Mengapa?? Tidak percaya?? Ini bukanlah kemalangan jalan raya tetapi merupakan hasil dari tindakan luar kawalan oleh sekumpulan penyokong bolasepak fanatik yang tidak berpuas hati kerana sebab-sebab tertentu,yang sudah pasti tentunya kerana pasukan 'kesayangan' mereka tewas.
Selalunya kita dah biasa melihat kejadian seperti ini di kaca TV mahupun di dada akhbar,tetapi kebanyakkannya berlaku di luar negara terutama di negara-negara Eropah tapi kini gejala ini semakin menular di negara kita. Apa yang mereka dapat dengan melakukan kemusnahan sebegini?? Pasukan mereka akan diberikan kemenangan? Bonus 2 bulan akan diberikan kepada mereka yang merusuh? OHH NOOO!!! Tentunya tidak. Cuma dapatlah memuaskan hati yang sedang membara dan amarah.Terbaru,rusuhan penyokong Kelantan dan Selangor di Stadium Shah Alam sehingga mencatat sejarah dalam arena bolasepak negara kerana seorang penyokong bolasepak Kelantan telah meninggal dunia akibat sesak nafas semasa berpusu-pusu keluar untuk meninggalkan stadium.Adakah berbaloi dengan membayar RM10 ringgit semata-mata untuk menjadi korban keganasan bolasepak. Memang benar,ajal dan maut ditangan tuhan tapi terkorban dalam suasana dan cara sebegini,amatlah dikesali. Kesian pada ahli keluarga mangsa.
Abang-abang Bomba sedang memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan
alat pemadam api dengan betul kepada penyokong pasukan Kelantan
Moralnya disini, untuk kejadian seperti tidak berulang,pihak pengurusan tertinggi bolasepak negara haruslah memperketatkan lagi undang-undang seperti mengenakan denda yang lebih tinggi dan mengharamkan terus kehadiran mana-mana individu yang mencetuskan masalah ke stadium. Penyokong-penyokong mana-mana pasukan yang membuat rusuhan ini juga perlu digantung kehadiran mereka ke stadium untuk tempoh jangkamasa yang lebih lama seperti 1 tahun? 2 tahun? Mentaliti penyokong-penyokong juga harus diubah supaya mereka lebih matang dalam menyokong pasukan kesayangan masing-masing supaya mereka boleh berubah menjadi penyokong setia,bukannya penyokong lalang@fanatik.
Salam 1 Malaysia!!!
Assalamualaikum.Holla.Salam pembuka bicara.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,aku dengan bangga dan rasa rendah dirinya melancarkan blog aku ni.Hehe..akhirnya,jadi jugak blog aku ni.Sebenarnya,dah lama dah aku plan nak buat blog ni,tapi memandangkan aku ni buta IT sikit(Facebook dengan Youtube saja yang aku terrer pun) dan aku ni jenis 'hot hot chicken shit',jadi agak lambat la jugak proses untuk mewujudkan blog ni.Tapi dengan bantuan dan khidmat nasihat dari 'mastar' yakni member-member aku jugak iaitu saudara Zaryl Naxrie dan Encik Sepul yang dah lama berkecimpung dalam arena 'blogger' ni,akhirnya pada tanggal 9 oktober 2010 maka lahirlah blog aku yang tak seberapa dan serba kedaifan ni. Alhamdulillah.Amin.