Banjir Oh! Banjir

Di suatu malam,hujan turun dengan lebatnya,kilat sabung-menyabung manakala guruh pula sesekali berdentum di langit. Sedang aku asyik dibuai mimpi indah,tiba-tiba lenaku dikejutkan oleh satu tamparan wanita yang hinggap dipahaku lantas membuatkan aku terus terjaga dari tidur. Jam di dinding menunjukkan jam 3.10 pagi,kelihatan isteriku berdiri tercegat dihadapanku, "Abang,mangkit lekaih,rumah kita ayaq naik dah ni,jom angkit barang!" Tegas isteriku. Aku yang masih dalam 'mood' tidur pun terus bangun dari katil lalu melangkah malas menuju ke arah ruang tamu untuk melihat keadaan sekeliling.

"Ya Allah!! Sampai macam ni punya teruk ka?" Aku tergamam. Rumahku yang pada mulanya aman dan damai tanpa sebarang limpahan air kini tidak ubah seperti berada di Taman Tema Air Sunway Lagoon,cuma bezanya tidak ada papan gelongsor air mahu pun ombak buatan malah airnya juga begitu 'bersih' sekali. Lantas kerja-kerja pemindahan barang-barang giat dijalankan untuk dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi untuk menyelamatkannya dari ditenggelami air,nasib baiklah rumah mertua aku 2 tingkat,kalau tidak dekat balai raya ataupun sekolah lah tempat kami menginap jawabnya. Kucing belaan isteriku iaitu Puteh yang pada mulanya di'parking' di dalam bilik air kerana beranggapan disitulah tempat yang paling selamat untuknya juga terpaksa dipindahkan ke rumah a.k.a reban ayam (yang telah ditinggalkan tidak lama dulu) kerana limpahan air didalam tandas telah pun mencecah paras bahaya. Malah Puteh juga sejak dari tadi lagi asyik mengiau-ngiau didalam tandas seolah-olah ingin memberitahu kepada kami "Wei,tolong aku! Takkan hangpa nak bagi aku mandi ayaq jamban ni kot,help!!"

Akhirnya,lebih kurang jam 4.30 pagi,kerja-kerja memindahkan barang-barang telah pun selesai,Puteh pun telah berada didalam rumah ayam dengan selamatnya. Masa untuk sambung tidur, tapi masih ada kerisauan yang bermain difikiran aku. Hujan masih belum menampakkan tanda-tanda akan berhenti,malah keadaan bertambah buruk. Bilakah segala malapetaka ini akan berakhir. Selepas puting beliung yang melanda pada minggu lepas, kini banjir pula yang melanda. Mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga aku dan mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir kali ini sabar dan cekal untuk menghadapi situasi ini. Amin.

0 comments:

Post a Comment

love or hate...