Trak polis usang sedang dijilat api dalam acara pelupusan aset
Apa yang anda saksikan di atas bukanlah perbuatan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestin dan bukan juga serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat ke atas Baghdad. Kejadian di atas berlaku di tanah air kita yang tercinta,Malaysia. Mengapa?? Tidak percaya?? Ini bukanlah kemalangan jalan raya tetapi merupakan hasil dari tindakan luar kawalan oleh sekumpulan penyokong bolasepak fanatik yang tidak berpuas hati kerana sebab-sebab tertentu,yang sudah pasti tentunya kerana pasukan 'kesayangan' mereka tewas.
Selalunya kita dah biasa melihat kejadian seperti ini di kaca TV mahupun di dada akhbar,tetapi kebanyakkannya berlaku di luar negara terutama di negara-negara Eropah tapi kini gejala ini semakin menular di negara kita. Apa yang mereka dapat dengan melakukan kemusnahan sebegini?? Pasukan mereka akan diberikan kemenangan? Bonus 2 bulan akan diberikan kepada mereka yang merusuh? OHH NOOO!!! Tentunya tidak. Cuma dapatlah memuaskan hati yang sedang membara dan amarah.Terbaru,rusuhan penyokong Kelantan dan Selangor di Stadium Shah Alam sehingga mencatat sejarah dalam arena bolasepak negara kerana seorang penyokong bolasepak Kelantan telah meninggal dunia akibat sesak nafas semasa berpusu-pusu keluar untuk meninggalkan stadium.Adakah berbaloi dengan membayar RM10 ringgit semata-mata untuk menjadi korban keganasan bolasepak. Memang benar,ajal dan maut ditangan tuhan tapi terkorban dalam suasana dan cara sebegini,amatlah dikesali. Kesian pada ahli keluarga mangsa.
Abang-abang Bomba sedang memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan
alat pemadam api dengan betul kepada penyokong pasukan Kelantan
Moralnya disini, untuk kejadian seperti tidak berulang,pihak pengurusan tertinggi bolasepak negara haruslah memperketatkan lagi undang-undang seperti mengenakan denda yang lebih tinggi dan mengharamkan terus kehadiran mana-mana individu yang mencetuskan masalah ke stadium. Penyokong-penyokong mana-mana pasukan yang membuat rusuhan ini juga perlu digantung kehadiran mereka ke stadium untuk tempoh jangkamasa yang lebih lama seperti 1 tahun? 2 tahun? Mentaliti penyokong-penyokong juga harus diubah supaya mereka lebih matang dalam menyokong pasukan kesayangan masing-masing supaya mereka boleh berubah menjadi
penyokong setia,bukannya
penyokong lalang@fanatik.
2 comments:
cediaaaaaaaaa
duk buat laporan lagu hasbullah awang
saja laa try..belom dpt lagi konsep penulisan sebenar..hehe
Post a Comment
love or hate...