LYE HUAT GARDEN

LYE HUAT GARDEN.


Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang macam 'Rasa macam pernah dengar,tapi kat mana yer?'. OK! Kalau hangpa semua nak tau, LYE HUAT GARDEN ni merupakan 1 taman yang berkonsep macam zoo jugak,ada macam-macam kat dalam tu.Lokasinya pulak taklah jauh sangat dari Perlis iaitu terletak di area Hosba,Kedah. Alaa...kalau kita drive lalu ikut highway nak ke Alor Setar tu,kita akan nampak
taman ni kat sebelah kiri jalan. Tu pun kalau ada yang perasan la..Aku pun selama ni dok lalu perasan gak kewujudan LYE HUAT GARDEN ni,cuma aku tak tau pun apa yang ada kat dalam tu.

So,pada hari Ahad baru ni,setelah berkali-kali isteri aku dok ajak aku melawat tempat tu dengan menggunakan alasan nak bawak anak berjalan-jalan(padahal dia tu yang nak sangat),kami pun sampailah ke situ untuk pertama kalinya.Apa yang menariknya LYE HUAT GARDEN ni? Sebelum ni,aku dok tengok dari jauh jer,memang aku tak nafikan aku agak 'underestimate' tempat ni.Bila dah masuk dalam,pandangan aku dah berubah sikit. Agak luas la jugak tempat ni,kalau tengok dari highway,nampak macam kecik jer.

                    Kaunter tiket. Tiket berharga RM10 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak

Jadi,sebaik saja masuknya kami melepasi pintu utama LYE HUAT GARDEN ni,terpandanglah suasana yang suam-suam kuku.Orang taklah ramai sangat,mungkin sebab masa kami sampai tu waktu tengahari.Mula-mula masuk tengok suasana kat depan tu,aku dok rasa dalam hati "macam tak best ja".Tapi bayar,bayar dah,ronda jugaklah,nak buat macammana,apa yang penting tu niat nak bawak anak jalan-jalan.





Kat sini kita akan dapat lihat banyak patung perwira-perwira dari negara China bersama kuda-kuda mereka.Patung-patung ni sebijik macam yang kita dok tengok kat dalam tv,yang macam dekat Forbidden City kat China.


                                              Maharaja Saw Lai Hock dari dinasti ke-18





.               Anak aku sedang memandu uji kuda tersebut sambil diberi bimbingan oleh isteri aku


Selepas habis ja menjelajah ruangan mumia-mumia yang disumpah menjadi batu tu,kami meneruskan penjelajahan ke ruangan hidupan yang hidup didalam air pulak.









Banyak spesis ikan yang boleh dilihat disini.Ada yang kita biasa tengok dan ada jugak yang tak pernah tengok langsung. Tapi dalam banyak-banyak ikan kat situ,ada 1 yang paling ngeri untuk ditonton.Nantikan.



Aku main letak aja gambar kat sini.Antara spesis-spesis ikan yang aku amik gambar.Jenama ikan ni aku taktau pun.



Ini merupakan spesis ikan yang berwarna oren nak putih-putih sikit. Nama apa ikan ni aku pun taktau. Aku tak baca pulak tag nama kat depan cermin tu.



                                                             PIRACUCU ARAPAIMA





Inilah ikan yang aku katakan antara yang paling ngeri untuk ditonton. Besar nak mampus. Apa yang anda saksikan di skrin komputer anda ini sebenarnya bersaiz lebih besar dari manusia. Meremang sialllllllll!!!!



                                           Ni lagi sekoq,adik beradik dan spesis yang sama



                         Kita telah memasuki kawasan binatang buas dan ganas. Bahaya tau!!




























                  Sa-ekor buaya yang sedang merenung mengenang nasib beliau. Nasib badanlaaa!!





                   Antara pemandangan yang dapat disaksikan disekitar kawasan Lye Huat Garden



Lagi pemandangan disekitar kawasan Lye Huat Garden. Sebuah tasik yang tidaklah begitu besar. Kelihatan sekumpulan itik sedang berenang-renang ke tepian.



                           Lagi kesan sumpahan ibu si Tanggang yang dapat dijumpai di sini






Disini merupakan satu ruangan pameran jenis-jenis batu yang pelik dan unik dengan pelbagai jenis nama yang pelik dan ada jugak nama yang buat kita tersenyum seorang diri dan tertawa didalam hati




























                                                                Bahaya dan Indah?????




























                                              BERENANG MENCARI SESUAP NASI




























                                                  KECANTIKAN PULAU YANG SUNYI

Sapa laa yang pandai dok letak nama bukan-bukan ni kat batu-batu ni. Kesian kat batu, ntah-ntah nama yang betul lagi canggih apa. Cypiratious oktopus cavilac ker, kan??



                                             Ni spesis batu jenis dari Gunung berapi Merapi




























OK! Last but not least, kita ke ruangan basikal antik. Memang best kat tempat ni. Ade pelbagai jenis basikal antik kat sini tapi aku takla amik gambar kesemua basikal sebab banyak sangat. Jadi aku amik beberapa jer jenis-jenis gambar basikal yang aku rasa menarik. Ni yang kat atas ni salah satu yang sempoi!! Tayar depan kecik. Hehe.



                                                                 Basikal posmen kot????




























Tayar belakang kecik. Yang ni memang best. Kalau ada jual lagi kat kedai dizaman sekarang ni rasa teringin jer nak beli.

Oklaa..rasanya cukup saja setakat tu dulu kot untuk aku nak ceritakan pasal LYE HUAT GARDEN. Kalau baca panjang-panjang pun,mungkin tak dapat nak dibayangkan dan digambarkan secara jelas. Jadi, untuk penyelesaian dan cara terbaik,lawatilah sendiri untuk pengalaman percutian anda. Sekian.











3 comments:

dila said...

camni ke ghupenye lye huat garden..
3 tahun kat kedah, xpenah rasa nak pg pun.. hahaha..
cam best plak... ish rugi2

Muz@mmil said...

tu ler..sape suruh x pegi

Mr.Ein said...

dulu ada ghimau dalam tu.. ada lagi ke?

Post a Comment

love or hate...