COBUS O HOLIC

COBUS POTGIETER. Bukan sejenis jenama perfume ataupun makanan ringan. Nama ini merujuk kepada seorang 'mamat' yang berasal dari Afrika Selatan yang berusia 22 tahun. Dia merupakan salah drummer amatur di antara beribu-ribu drummer lain yang meng'upload'kan videonya ke laman web Youtube. Tapi dalam banyak-banyak drummer yang aku dok tengok dalam Youtube ni,Cobus yang agak menarik perhatian aku dan boleh la dikatakan aku agak teruja dengan dia.Dia ni kerja dia main lagu 'cover' dari band-band lain dan setakat sekarang ni,dia belum ada band sendiri. Mungkin dia lebih berminat ke arah mempromosikan bakat dia kat dalam Youtube dengan harapan akan ada band-band 'otai' atau band yang dia minat akan 'offer' dia join band mereka.

Lama dah aku dok follow mamat ni kat Youtube, dia ni boleh dikatakan serba boleh,dari lagu yang berentak perlahan ke laju ke teknikal ke,dari John Mayer ke System of a Down(sekadar mengambil contoh beberapa 'cover song' yang pernah dimainkan oleh Cobus)setakat ni memang tak mengecewakan aku. So, well done mate.Keep up the good work. Kita enjoy beberapa versi 'cover song' dari Cobus Potgieter.








Kenalkah anda dengan Rowan Atkinson a.k.a Encik Kacang?? Apa kaitannya dia dengan kisah Cobus Potgieter ini? Jika Cobus sudah cukup hebat,sudah tentu anda akan berfikir dari siapakah dia belajar bermain drum? Siapakah 'mastar' nya? He is ROWAN 'INVISIBLE' ATKINSON.


0 comments:

Post a Comment

love or hate...